Thursday, May 7, 2009

Speaker Sivakumar diangkut keluar, Raja Nazrin rasmi lepas 5 jam


IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar dari Pakatan Rakyat yang tidak berganjak dari tempat duduknya lebih lima jam sejak pukul 10 pagi tadi diangkut keluar dari Dewan oleh polis.

Walaupun tindakan membawa beliau keluar telah dihalang oleh anggota DUN Pakatan kira-kira 30 minit tetapi Sivakumar telah diangkut keluar dari tempat duduknya kira-kira pukul 2.40 petang oleh tiga anggota polis.

Beliau kelihatan terjatuh semasa diangkut keluar di luar Dewan.

Kerusi yang didudukinya juga dibawa keluar.

Kira-kira 30 anggota memasuki DUN sebaik sahaja berlaku pergelutan antara anggota Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat.

Pergelutan dan pertikaman lidah tercetus apabila Speaker baru 'dilantik' BN, Datuk R. Ganesan mengambil tempatnya di barisan kedudukan BN, sebelah kiri tempat duduk Speaker untuk mempengerusikan 'sidang DUN'.

Pertikaman lidah itu yang antara lain mendesak Ganesan keluar Dewan atas alasan tidak sah, berubah dengan pergelutan sekali gus membawa kepada kemasukan anggota polis ke dalam Dewan.

Insiden tolak-menolak antara ADUN Pakatan dan polis juga berlaku.

Suasana ini berakhir dengan usaha memaksa membawa keluar Sivakumar yang bertegas tidak akan memulakan sidang DUN selagi 10 ADUN termasuk Menteri Besar dan tiga wakil rakyat Bebas keluar dari Dewan.

Sehingga berita ini ditulis keadaan Sivakumar masih tidak diketahui.

Beliau tidak kelihatan dalam Dewan apabila ia mula bersidang.

Sidang disambung kira-kira pukul 3.17 petang dengan titah diraja perasmian yang disampaikan oleh Raja Muda Raja Nazrin Sultan Azlan Shah.

Baginda sepatutnya menyampaikan titah diraja perasmian pukul 10 pagi tadi.

3 comments:

mike nasution said...

Terlalu angkuh dan sombong. Dia fikir tiada sesiapa yang bolih mengusir dia keluar dari dewan.

Ini suatu iktibar kepada kita. Gunakan kuasa kita dengan adil dan saksama.

Mengapa Uztaz Nga Kor Ming tidak beritahu hal ini kepada Sivakumar??

Cheguman said...

kurang ajar!!!!! dia tahu tak Raja Nazrin tu siapa?

Jumayatara said...

Ampun Tuanku.

Perasmian Race Kuda di Ipoh Turf Club minggu lepas tidak sekecuh macamn ni.