Wednesday, December 3, 2008

Gobind Berlagak Ala samseng

Ahli Parlimen Puchong,Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) digantung selama dua hari dari menghadiri persidangan Dewan Rakyat kerana membantah keputusan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Wan Junaidi membuat keputusan itu setelah Gobind membantah keras keputusan beliau yang tidak merujuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen.
Gobind semasa membantah keputusan itu mengeluarkan kata-kata kesat bahawa Wan Junaidi melindungi Nazri dan bias.
Ahli Parlimen itu juga berkali-kali menuntut Nazri memohon maaf didalam Dewan Rakyat kerana membuat kenyataan tidak tepat berkaitan pemecatan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas pada 6 November lepas.
Ini merupakan kali kedua Gobind digantung dari menghadiri persidangan Dewan Rakyat.