Wednesday, May 6, 2009

Zambry: BN tak kisah Speaker DUN Pakatan tapi perlu "mesra"

POH: Ketika banyak pihak mula bercakap tentang pelbagai kemungkinan apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak bersidang semula esok, Menteri Besar menyuarakan pendirian bahawa Barisan Nasional (BN) tidak kisah jika wakil pembangkang menjadi Speaker.

"Ia tidak salah tetapi (penyandang) mestilah seorang yang mesra (adil)," kata Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir ketika ditemui di sini hari ini.

Malah kata beliau, pihaknya tidak kisah jika usaha BN esok untuk menggantikan Speaker V. Sivakumar dengan wakil BN tidak berhasil kerana yang penting ialah "perjalanan kerajaan negeri dengan lancar."

BN telah mengemukakan dua usul mengemukakan usul bagi memilih seorang Speaker yang baru dengan menamakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Sungkai Datuk R. Ganesan daripada MIC sebagai calon.

Ganesan terdahulu dilihat berada di pejabat Zambry.

Juga berada ialah Ahli Dewan Undangan Negeri kawasa Jelapang, Hee Yit Fong yang telah keluar dari DAP dan bertindak sebagai wakil rakyat Bebas.

Hee juga merupakan Timbalan Speaker DUN.

Bagi BN, jawatan Speaker penting bagi membolehkannya mengatur agenda pentadbiran dengan lebih lancar selepas mengambil alih tampuk pentadbiran kerajaan negeri pada Februari lalu.

Sehubungan itu, Zambry yang menerajui kerajaan negeri ekoran krisis politik Perak awal Februari lalu berkata, pihaknya "kami telah bersedia untuk hasil yang baik."

Ketika ditanya sama ada mempunyai sebarang strategi khas untuk menghadapi apa jua kemungkinan esok, Zambry enggan menyatakan perancangan pihaknya.

"Kami ingin melihat semuanya berjalan dengan baik, mengikut peruntukan undang-undang," katanya.

Apabila ditanya mengenai kemungkinan usul itu ditolak, Zambry berkata, pihaknya telah mengikut peruntukan undang-undang apabila mengemukakan usul iaitu dua minggu lebih awal.

"Kita tak buat apa-apa di luar peruntukan, Speaker juga sedia maklum hasrat ini (kandungan usul)," katanya. Berhubung kenyataan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Khoo Ham bahawa beliau dan enam Exco tidak layak hadiri sidang DUN esok, Zambry berkata, "saya tidak hadiran dengan sikap beliau (Ngeh)."

Zambry menegaskan kesemua 31 ADUN di sebelah BN termasuk tiga wakil rakyat Bebas akan hadir sidang pagi esok.

No comments: