Saturday, July 11, 2009
Nasharuddin Terpaksa Dibawa Ke Manik Urai Kerana Tekanan Pengundi Pas
Kuala Krai -- Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin berkata tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengajak Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin untuk turut sama berkempen di Manik Urai kerana isu itu sudah menjadi isu besar di kalangan pengundi parti itu di sini.
Jelas beliau Nik Aziz terpaksa menarik balik larangan awal kepada Nasharuddin setelah wujud tekanan dari sebilangan besar pengundi parti itu di sini yang marah melihat kemelut dalaman Pas yang tiada kesudahan.
"Walaupun Nasharuddin nak datang berkempen tapi asasnya dia dilarang dari awal untuk datang kempen….jadi bila benda ni dah jadi isu dan sebilangan besar penyokong Pas di Manik Urai marah barulah Nik Aziz kata Nasahrauddin kena datang.
"Tapi yang kita tahu pada awalnya memang ada larangan yang dikeluarkan bahawa Nasharuddin tak boleh berkempen di sini", katanya.
Beliau berkata demikian selepas berucap pada ceramah Perdana Pemuda di Peti Undi Peria di sini, Khamis malam. Perpecahan dalam Pas juga kata beliau sebenarnya cukup serius dan sukar disembunyikan lagi.
Larangan untuk Timbalan Presiden, Ustaz Nasharuddin Mat Isa untuk berkempen serta ketiadaan poster Presiden dan Timbalan Presiden Pas yang digantung di Manik Urai tegas beliau lagi menunjukkan kemelut dalaman Pas belum lagi selesai.
"Perpecahan Pas memang ketara dan serius sebab itu penyokong Pas nak tolak calon mereka kali ini sebab mereka nak tunjuk protes mereka tentang apa yang sedang berlaku dalam Pas", ujarnya.
Sementara itu ketika berucap pada ceramah Perdana Pemuda, Khairy menyifatkan Datuk Husam Musa umpama ‘duri dalam daging’ yang boleh merosakkan Pas serta pemimpin utama parti itu yang menolak hasrat perpaduan antara Pas dan UMNO.
Katanya, pemimpin Pas seperti Presidennya, Datuk Seri Hadi Awang dan timbalan, Nasharuddin Mat Isa jelas menunjukkan isyarat mahu perpaduan antara kedua-dua parti demi masa depan orang Melayu dan Islam.
"Saya percaya, Mursyidul Am Pas, Nik Aziz juga begitu tetapi Husam yang banyak mengelirukan Menteri Besar Kelantan itu sehingga Tok Guru Nik Aziz mengeluarkan macam-macam kenyataan termasuk menuduh UMNO tolak Islam, komunis dan mengamalkan ajaran sesat seperti ajaran Ayah Pin dan Al-Arqam.
"Saya percaya dalam Pas, ada pemimpin mahu perpaduan antara UMNO dan Pas. Masalahnya ada satu dua pemimpin yang kacau dan hasut pemimpin Pas lain," katanya.
Pada ucapannya juga Khairy ternyata tidak menyerang Mursyidul Am Pas seperti dijangka ramai pihak sebaliknya beliua menyatakan Nik Aziz adalah ulama yang baik.
Namun katanya disebabkan dinasihati oleh Husam dengan cara yang salah kerana tidak mahu Melayu bersatu padu, maka Tok Guru mengeluarkan macam-macam tuduhan terhadap UMNO dan kerajaan BN.
"Kerajaan mahu lihat Kelantan maju..kita boleh bangunkan Kelantan dengan pesat tetapi Husam yang hasut dan halang serta kelirukan Nik Aziz," ujarnya.
Beliau juga pada ucapannya menjawab tuduhan Pas yang kononnya UMNO menolak Islam. Jelasnya, perkataan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) bukan bermakna atau bermaksud kebangsaan itu UMNO menolak Islam.
"Sama seperti Pas yang membawa makna Parti Islam SeMalaysia, kedua-dua parti itu memperjuangkan Islam untuk semua orang Melayu di negara ini.
"Saya percaya, ramai pemimpin dan ahli Pas inginkan perpaduan bersama dengan UMNO.
"Dulu Haji Hadi lagilah fanatik hinggan keluar amanat tentang UMNO...kalau dulu beliau radikal, fanatik dan ortodok tapi kini boleh cakap soal nak bincang tentang perpaduan dengan UMNO, apa lagi pemimpin lain kecuali Husam," katanya.
Justeru tambah beliau jika BN menang di Manek Urai maksudnya pengundi Pas menolak perpecahan umat Islam serta syarat mereka menolak Husam bersama kumpulan Erdogan yang menentang hasrat perpaduan orang Melayu.
Sehubungan itu, beliau mempelawa Pas bersama-sama UMNO dan meninggalkan DAP serta PKR sebelum parti itu dihina apabila terpaksa ikut telunjuk pemimpin pembangkang parti lain.
Pada ceramah Perdana Pemuda itu juga Pemuda BN membuktikan kesepakatan tulen di kalangan parti komponen apabila Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong dan Ketua Pemuda MIC, T.Mohan bukan sahaja turut hadir malah menyampaikan ucapan mereka.
Walaupun kawasan Manik Urai terdiri daripada lebih 95 peratus pengundi Melayu namun kehadiran mereka sebagai simbolik perpaduan komponen dalam BN serta matlamat 1Malaysia.
Antara intipati ucapan mereka ialah kerjasama dalam BN lebih tulen berbanding pakatan pembangkang yang hanya bersatu untuk mengejar kuasa.
Ini boleh dilihat apabila tidak sampai 16 bulan bersama terdapat pelbagai masalah wujud di kalangan mereka. Keretakan serta masalah ini berterusan di negeri seperti Pulau Pinang, Kedah dan Selangor.
Sunday, July 5, 2009
Sila layari video terkini di DUN N 41 Manek Urai, Kelantan.
DUN N.41 Manek Urai , Kelantan
Penamaan calon pilihan raya kecil Manek Urai akan diadakan pada 6 Julai dan jika ada pertandingan hari pengundian ditetapkan pada 14 Julai. Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya daripada PAS, Ismail Yaakob pada 22 Mei lepas akibat serangan jantung.
Wednesday, June 17, 2009
Apa Perbezaan Antara Anwar, Chin Peng dan Isreal?
Tidakkah Anwar sedar bahawa berapa ribu nyawa yang melayang dibawah "tangan" Chin Peng? Sedarkah Anwar berapa ribu keluarga yang terpaksa hidup susah yatim piatu gara-gara pengkhianat seperti Chin Peng? Itu belum lagi dikira beribu perajurit yang cacat kekal akibat huru hara Chin Peng ini!
Penkhianat akan berpihak kepada pengkhianat. Sehati sejiwa. Chin Peng khianat dengan caranya yang ganas didalam hutan, Anwar juga khianat dengan cara "ganas"nya yang tersendiri.
Ini pernah diakui oleh Mat Sabu sendiri. Dari bab kronisme, nepotisme, korupsi dan sodomisme, sehinggalah kepada proksi yahudi, sokongan kepada huru hara demonstrasi dan seorang perosak minda rakyat, itulah Anwar.Chin Peng boleh dikategorikan sebagai penjenayah perang.
Namanya sebaris dengan Slodovan Karadzic, Stalin dan Ariel Sharon. Bagaimana hendak dimaafkan individu seperti ini yang bertindak secara tidak bertamadun kepada manusia. Anwar menggunakan sentimen China yang di"maaf"kan dunia. Sememangnya China dimaafkan kerana yang melakukan "dosa-dosa silam" itu adalah generasi sebelum-sebelumnya.
Manakala Chin Peng masih hidup dan sesungguhnya dialah punca yang melakukan segala kerosakan di zaman komunis dahulu.Barangkali Arwah Hj. Ibrahim, ayah kepada Anwar tidak dipotong kaki atau tangannya oleh Komunis Chin Peng dahulu. Atau mungkin ayah dan ibunya dahulu tidak dibunuh dengan kejam atau dibakar hidup-hidup oleh komrad-komrad Chin Peng, sebab itulah Anwar bisa memaafkan Chin Peng.
Andai kata ayah atau ibunya dicacatkan atau dibunuh oleh Chin Peng, mungkinkah Anwar memaafkannya? Jikalah begitu, rasanya Chin Peng sudah lama mati di Siam, mati ditangan agen Mossad arahan "Anvar Abrahem"!Memaafkan Chin Peng adalah sama dengan memaafkan Isreal yahudi laknatullahi alaihim.
Tiada bezanya kekejaman Chin Peng dan Israel. Kedua-duanya pembunuh dan penceroboh agama, bangsa dan negara. Bezanya hanyalah tempat yang berlainan! Perlakuan kejahatannya tetap sama. Sudikah anda semua memaafkan Israel begitu sahaja?Itulah "dasar" yang bakal dibawa oleh Anwar jika dia memerintah Malaysia. Habis ditolaknya sensitiviti agama, bangsa dan negara, demi nafsu serakah peribadinya yang gilakan kuasa.
Kuasa memerintah sebagai Perdana Menteri. Anwar akan terus merosakkan Malaysia demi kepentingan peribadinya seumur hidup. Kecualilah Allah memberikan hidayah kepadanya. Semoga "hidayah" Allah itu akan diberikan terlebih dahulu kepada penyokong-penyokong tegarnya. "Celiklah" anda-anda semua sebelum anda semua "dijual" oleh pengkhianat bangsa yang bernama Anwar Ibrahim ini! InsyaAllah.
Tuesday, May 26, 2009
Perkara Paling Bodoh.....
Friday, May 15, 2009
Persidangan DUN Ala Kongsi Gelap - Perak
Semua rakyat Malaysia terutama rakyat PERAK perlu menilai perjuangan sebenar PAKATAN dalam membela rakyat. Pada 7 Mei lalu, sidang DUN Perak telah bertukar menjadi sidang Ala Kongsi Gelap oleh pembangkang. Mereka tidak lagi menhormati dewan malah berlagak samseng pada wakil BN dan Sultan Perak....
Ala Kongsi Gelap ( Part 1 )
Ala Kongsi Gelap ( Part 2 )
Ala Kongsi Gelap ( Part 3)
Thursday, May 7, 2009
Speaker Sivakumar diangkut keluar, Raja Nazrin rasmi lepas 5 jam
IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar dari Pakatan Rakyat yang tidak berganjak dari tempat duduknya lebih lima jam sejak pukul 10 pagi tadi diangkut keluar dari Dewan oleh polis.
Walaupun tindakan membawa beliau keluar telah dihalang oleh anggota DUN Pakatan kira-kira 30 minit tetapi Sivakumar telah diangkut keluar dari tempat duduknya kira-kira pukul 2.40 petang oleh tiga anggota polis.
Beliau kelihatan terjatuh semasa diangkut keluar di luar Dewan.
Kerusi yang didudukinya juga dibawa keluar.
Kira-kira 30 anggota memasuki DUN sebaik sahaja berlaku pergelutan antara anggota Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat.
Pergelutan dan pertikaman lidah tercetus apabila Speaker baru 'dilantik' BN, Datuk R. Ganesan mengambil tempatnya di barisan kedudukan BN, sebelah kiri tempat duduk Speaker untuk mempengerusikan 'sidang DUN'.
Pertikaman lidah itu yang antara lain mendesak Ganesan keluar Dewan atas alasan tidak sah, berubah dengan pergelutan sekali gus membawa kepada kemasukan anggota polis ke dalam Dewan.
Insiden tolak-menolak antara ADUN Pakatan dan polis juga berlaku.
Suasana ini berakhir dengan usaha memaksa membawa keluar Sivakumar yang bertegas tidak akan memulakan sidang DUN selagi 10 ADUN termasuk Menteri Besar dan tiga wakil rakyat Bebas keluar dari Dewan.
Sehingga berita ini ditulis keadaan Sivakumar masih tidak diketahui.
Beliau tidak kelihatan dalam Dewan apabila ia mula bersidang.
Sidang disambung kira-kira pukul 3.17 petang dengan titah diraja perasmian yang disampaikan oleh Raja Muda Raja Nazrin Sultan Azlan Shah.
Baginda sepatutnya menyampaikan titah diraja perasmian pukul 10 pagi tadi.
Wednesday, May 6, 2009
Zambry: BN tak kisah Speaker DUN Pakatan tapi perlu "mesra"
"Ia tidak salah tetapi (penyandang) mestilah seorang yang mesra (adil)," kata Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir ketika ditemui di sini hari ini.
Malah kata beliau, pihaknya tidak kisah jika usaha BN esok untuk menggantikan Speaker V. Sivakumar dengan wakil BN tidak berhasil kerana yang penting ialah "perjalanan kerajaan negeri dengan lancar."
BN telah mengemukakan dua usul mengemukakan usul bagi memilih seorang Speaker yang baru dengan menamakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Sungkai Datuk R. Ganesan daripada MIC sebagai calon.
Ganesan terdahulu dilihat berada di pejabat Zambry.
Juga berada ialah Ahli Dewan Undangan Negeri kawasa Jelapang, Hee Yit Fong yang telah keluar dari DAP dan bertindak sebagai wakil rakyat Bebas.
Hee juga merupakan Timbalan Speaker DUN.
Bagi BN, jawatan Speaker penting bagi membolehkannya mengatur agenda pentadbiran dengan lebih lancar selepas mengambil alih tampuk pentadbiran kerajaan negeri pada Februari lalu.
Sehubungan itu, Zambry yang menerajui kerajaan negeri ekoran krisis politik Perak awal Februari lalu berkata, pihaknya "kami telah bersedia untuk hasil yang baik."
Ketika ditanya sama ada mempunyai sebarang strategi khas untuk menghadapi apa jua kemungkinan esok, Zambry enggan menyatakan perancangan pihaknya.
"Kami ingin melihat semuanya berjalan dengan baik, mengikut peruntukan undang-undang," katanya.
Apabila ditanya mengenai kemungkinan usul itu ditolak, Zambry berkata, pihaknya telah mengikut peruntukan undang-undang apabila mengemukakan usul iaitu dua minggu lebih awal.
"Kita tak buat apa-apa di luar peruntukan, Speaker juga sedia maklum hasrat ini (kandungan usul)," katanya. Berhubung kenyataan Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Khoo Ham bahawa beliau dan enam Exco tidak layak hadiri sidang DUN esok, Zambry berkata, "saya tidak hadiran dengan sikap beliau (Ngeh)."
Zambry menegaskan kesemua 31 ADUN di sebelah BN termasuk tiga wakil rakyat Bebas akan hadir sidang pagi esok.
Tuesday, May 5, 2009
Penanti: Biro Politik UMNO Serah Pada BN
Keputusan itu dicapai mesyuarat Biro Politik UMNO yang dipengerusikan Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya hari ini.
Meja Berita Malaysia Instinct difahamkan langkah itu bertujuan mendapatkan kata sepakat daripada semua 13 komponen parti BN, sama ada meletakkan calon sebagaimana dicadangkan beberapa pihak termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad atau sebaliknya.
"Kita mahu persetujuan bersama, kalau semua bersetuju BN tidak bertanding, kita tidak akan meletakkan calon yang mewakili BN," menurut sumber-sumber terdekat dan boleh dipercayai.
Mesyuarat itu turut dihadiri Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beberapa pemimpin tertinggi UMNO kelihatan memasuki Bangunan Perdana Putra sejak jam 12 tengah hari tadi.
Antara mereka ialah tiga Naib Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal; Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.
Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan mengenai hasil mesyuarat itu.
Kesemua mereka termasuk Muhyiddin enggan memberikan sebarang komen mengenai mesyuarat itu.
Dewan Tertinggi BN yang dipengerusikan Najib dan dianggotai semua Presiden parti komponen, dijangka akan bermesyuarat dalam tempoh terdekat bagi mencapai kata sepakat mengenai perkara itu.
Najib sebelum ini tidak menolak kemungkinan BN tidak akan meletakkan calon untuk bertanding di kerusi DUN Penanti yang kosong ekoran peletakan jawatan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) atas alasan mahu melanjutkan pelajaran.
Tuesday, April 7, 2009
Monday, April 6, 2009
Temu Ramah Kalaivanar Bekas Pemimpin Keadilan PKR Kedah
Ikutilah perasaan orang yang kecewa dengan perangai dan sikap pemimpin PKR anwar ibrahim. Tulah gatal sangat nak ikut depa dulu. Lani menyesal tak sudah ...... PKR, PAS dan KEADILAN tak guna .... Semuanya penipu .....
Sunday, April 5, 2009
Adakah Pas Parti Islam?
Pertanyaan ini sering menjadi persoalan. "Adakah Pas ini parti yg memperjuangkan Islam atau sekadar bertopeng Islam". Kalau hendak dikira dari slogan Pas tidak menunjukan langsung mereka ini Islam. Contohnya seperti slogan Seluruh Orang Islam Wajib Sokong Pas, Pangkah Pas Masuk Syurga dan macam-macam lagi. Itu tidak dikira dengan fitnah-fitnah yg dibuat mereka pada Barisan Nasional.
Bagi mereka yg menyokong Pas, fikir dulu apa sebenarnya perjuangan Pas untuk rakyat Malaysia....
Pertualang Nizar Terbongkar....
Siapa Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin ? siri1
Siapa Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin ? siri2
Ketika menjadi MB beliau sendiri menyatakan Negara ISLAM bukan perjuangan PAS......
Thursday, April 2, 2009
NIZAR tiba-tiba mengaku Cina
Orang macam inikah yang patut disokong oleh orang PAS, dah la beliau dipilih Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham. Dahlah orang cina sendiri terkejut bagaimana pemimpin PAS boleh menyokong calon seperti ini untuk mewakili mereka dalam PRK Parlimen Bukit Gantang ini.
Oleh itu tidak hairan la, kalau dia sanggup menyembah durhaka dengan Sultan, sebab dia ni ada 2 identiti yang meragukan "Melayu @ Cina". Bila jumpa orang Cina jadi "TAN AH CHONG", bila jumpa orang Melayu jadi "MOHAMMAD NIZAR". Tapi inikah pemimpin yang perlu kita angkat....Orang PAS Bukit Gantang perlu berasa malu dan berfikir 100 kali sebelum mengundi beliau.
Kalau la dia nak sangat jadi orang cina, jadi orang cina betul-betul tapi kalau tidak jadi orang MELAYU yang beragama ISLAM. Kan mak bapa kita dah bagi nama elok-elok, macam nama MOHAMMAD NIZAR ni, bukankah dah elok. Jadi tak payah la nak tukar jadi TAN AH CHONG.
Oleh itu, bagi para pengundi P 059 Parlimen Bukit Gantang fikir dulu sebelum tunaikan tanggungjawab anda. Selamat mengundi...
Wednesday, April 1, 2009
Bagi DAP, mereka berjaya mempergunakan Ir Mohammad Nizar untuk akur dengan kehendaknya. Maka, jika ada lagi pilihan raya, undang-undang membenarkan, DAP akan tetap mahu mencalonkan Ir Mohammad Nizar, walaupun di kawasan DAP kerana inilah satu-satunya orang Melayu beragama Islam yang mudah dipergunakan.Ir Mohammad Nizar seorang yang didakwa telah hilang semangat keMelayuannya.
Abdul Ghani Ismail
Wednesday, December 3, 2008
Gobind Berlagak Ala samseng
Wan Junaidi membuat keputusan itu setelah Gobind membantah keras keputusan beliau yang tidak merujuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen.
Gobind semasa membantah keputusan itu mengeluarkan kata-kata kesat bahawa Wan Junaidi melindungi Nazri dan bias.
Ahli Parlimen itu juga berkali-kali menuntut Nazri memohon maaf didalam Dewan Rakyat kerana membuat kenyataan tidak tepat berkaitan pemecatan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas pada 6 November lepas.
Ini merupakan kali kedua Gobind digantung dari menghadiri persidangan Dewan Rakyat.